PM mulakan lawatan kerja ke Terengganu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja sehari ke Terengganu hari ini

KUALA NERUS, 13 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja sehari ke Terengganu hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, diiringi beberapa menteri dan disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
  • Menghadiri Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Bukit Payong di Marang dan Majlis Ramah Mesra MADANI Pelajar Tahfiz.
  • Menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuala Terengganu, Mini Konvensyen Keadilan dan merasmikan Majlis Tilawah serta Hafazan Al-Quran kebangsaan.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada pukul 10.10 pagi diiringi beberapa Menteri Kabinet.

Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di Bukit Payong di Marang pada pukul 11.00 pagi. Seterusnya Datuk Seri Anwar dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra MADANI Pelajar Tahfiz Terengganu di Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu.

Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuala Terengganu di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Acara lawatan diteruskan dengan menghadiri Mini Konvensyen Keadilan Terengganu sebelum merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2026M di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Nerus.