fb fb fb fb fb

PM merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR, 29 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya merafak sembah dan menzahirkan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-55,  Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim.

"Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

"Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat," katanya dalam hantaran tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE