fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan hormat Menteri Luar Rusia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov/ Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 28 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.

Lavrov tiba pada pukul 10.00 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pertemuan selama hampir sejam itu bagi membincangkan penyertaan Malaysia dalam keanggotaan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan).

Hasrat itu turut disampaikan menerusi surat kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS baru-baru ini.

Pertemuan antara lain membincangkan usaha memperkukuh kerjasama merangkumi pelaburan, perdagangan, pertahanan antara Malaysia - Russia.

Turut dibincangkan, situasi Palestin dan konflik Rusia-Ukraine.

Pertemuan turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kunjungan hormat itu merupakan sebahagian daripada rangka lawatan dua hari Lavrov ke Malaysia.

Tahun lalu, Rusia merupakan rakan dagangan ke-25 terbesar Malaysia. Kadar eksport ke negara berkenaan turut mencatat peningkatan 17 peratus melibatkan barangan elektrik dan elektronik.

ROSLINA BINTI DIN