KUALA LUMPUR, 23 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian bekas Menteri Negara Pendayagunaan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Dr Tanri Abeng Palehe, hari ini.
"Telah pulang ke rahmatullah sahabat saya Dr. H. Tanri Abeng Palehe. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri BUMN dalam kabinet Presiden Soeharto.
"Sebagai sahabat, saya tentunya terkesan dan mendoakan agar Tuhan mengampuni segala dosanya selama hidupnya. Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Insya-Allah," menurut Anwar menerusi Facebook beliau hari ini.
Media Indonesia melaporkan Tanri Abeng yang pernah berkhidmat di bawah Presiden Soeharto dan Presiden BJ Habibie meninggal dunia pada usia 82 tahun di Rumah Sakit Medistra, Jakarta, sekitar pukul 2.00 petang waktu tempatan.