PM mahu Kedah jadi kubu kuat KEADILAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa konvensyen Keadilan Kedah / FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

ALOR SETAR, 13 Februari – Kedah perlu dijadikan kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar mahu Kedah dijadikan kubu kuat PKR selepas kejayaan menawan beberapa kerusi Parlimen dan DUN.
  • Usaha perlu dipergiat untuk memperkukuh parti dan cabangnya di seluruh negeri.
  • Kedah dilihat sebagai asas terawal penting dalam pembinaan kekuatan PKR.
  • Konvensyen Keadilan Kedah disertai kepimpinan pusat dan negeri untuk menyelaraskan strategi.

Beliau menegaskan ia susulan kejayaan parti itu menawan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya lalu, khususnya di kawasan selatan negeri berkenaan.

Katanya, usaha perlu dipergiat bagi memperkukuh parti serta cabangnya di seluruh negeri.

“Saya nak Kedah muncul yang terbaik, Kedah ini antara asas terawal, dan mudah-mudahan dengan semangat yang saudara tunjukkan, kita boleh bina kekuatan parti,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Kedah di Alor Setar hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalannya Dr Mohd Taufiq Johari serta kepimpinan PKR pusat dan negeri.