fb fb fb fb fb

PM luang masa bersama Prabowo, jamin pertingkat kerjasama

Foto FB PM

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tiba di Jakarta, sempat mengadakan sesi pertemuan empat mata bersama bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Datuk Seri Anwar dalam kenyataan di Facebook berkata hubungan dua hala dengan Indonesia akan terus diperkukuh sekali gus memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara.

"Malam ini langsung ketemu sahabat sejati dan saudara saya Bapak Prabowo Subianto.

Insya-Allah, kami akan bekerja dengan lebih dekat dalam suasana persahabatan, tidak hanya di peringkat peribadi, tetapi juga di peringkat kenegaraan yang pasti akan memberi manfaat terbaik kepada rakyat kedua-dua negara," kata Anwar di Facebooknya.

Esok, Perdana Menteri bakal menghadiri upacara mengangkat sumpah Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia yang baharu yang berlangsung di bangunan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR).

Majlis bersejarah itu menyaksikan Prabowo akan dilantik secara rasmi sebagai Presiden Indonesia yang ke-8.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar tiba di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta pada pukul 6.00 petang waktu tempatan dan turut diberi sambutan permaidani merah serta kawalan kehormatan oleh anggota Tentera Nasional Indonesia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM