fb fb fb fb fb

PM lawat UNISEL

BESTARI JAYA, 9 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil di Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya.

Beliau tiba sekitar pukul 9:35 pagi diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

Ini merupakan kunjungan rasmi beliau yang pertama ke UNISEL sebagai Perdana Menteri dan akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia’.

(Ribuan pelajar UNISEL sambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini)

Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil ini dihadiri Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, warga kerja UNISEL serta mahasiswa dan mahasiswi UNISEL.

Media Baharu