fb fb fb fb fb

PM lawat LRA Chicha Fasa 2

Perdana Menteri,Anwar Ibrahim (tengah) tiba untuk lawatan di tapak projek pembinaan Loji Rawatan Air Chicha 2.

KOTA BHARU, 1 Oktober-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan lawatan kerja pemantauan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha fasa dua di Pasir Hor, Kota Bharu.

Beliau tiba pada 5.05 petang diiringi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin.

Perdana Menteri turut diberikan taklimat kira-kira 10 minit berhubung perkembangan kemajuan projek pembinaan LRA berkenaan.

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Ir Zulkiflee Omar berkata, pihaknya kini sedang menyelia pelaksanaan projek bernilai lebih 273 juta ringgit.

Beliau berkata, lima projek itu adalah pembinaan LRA Chicha, LRA Bukit Chupak, LRA TANJUNG MAS, penggantian paip lama di Kota Bharu Timur sepanjang 104 kilometer, Kota Bharu Utara dan Selatan sepanjang 113 kilometer.

Dalam pada itu, PAAB telah berjaya menyiapkan projek infrastruktur air bernilai lebih 80 juta ringgit, termasuk kerja-kerja pemulihan dan penggantian paip lama sepanjang kira-kira 140 kilometer.

"Kita ada lima projek tiga daripadanya pembinaan loji rawatan air dan dua projek itu adalah penggantian paip paip uzur di sini yang Perdana Menteri lawat ini adalah projek yang dipanggil Loji Rawatan Air Chica Fasa Dua dengan jumlah kos 54.9 juta ringgit dan kita jangkakan siap pada Januari 2026", katanya di sini.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya juga kini dalam perancangan untuk membina LRA Tok Bali, Pasir Puteh yang berkapasiti 50 juta liter sehari.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD