fb fb fb fb fb

PM jamin kebajikan aktivis GSF

Tangkap layar FB PM

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke bumi Malaysia dalam masa terdekat.

"Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Turkiye.

"Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT. Alhamdulillah!," katanya menerusi hantaran di Facebook

MOHAMAD KHAIRIE KHALID