fb fb fb fb fb

PM ingatkan masyarakat amalkan budaya teguran dengan baik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tausiah selepas menunaikan solat Jumaat pada Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, hari ini. / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 September - Orang ramai diingatkan agar mengamalkan budaya memberi teguran dengan baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta masyarakat agar tidak terjebak dengan fitnah, hasutan mahupun cercaan.

Ia seiring dengan ajaran Islam.

“Raja-raja Melayu baru-baru ini juga menekankan supaya kita saling menasihati dengan cara yang beradab. Dalam Islam, ad-dinu nasihah - agama itu nasihat.

"Maka, kita menasihati orang lain dan pada masa sama sedia menerima nasihat,” katanya dalam Program Temu Mesra Madani Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Menyantuni Masyarakat, di sini, hari ini.

Dalam majlis sama Perdana Menteri berharap nilai-nilai murni seperti perjuangan amal soleh dapat dipupuk dalam keluarga.

Ini termasuk sekolah, jabatan dan masjid-masjid bagi mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara dihormati dunia, selaras dengan usaha merealisasikan konsep Malaysia MADANI.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID