fb fb fb fb fb

PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.

Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada bapa kanak-kanak berkenaan iaitu Mohammad Raji Musa di kediaman mereka di Sungai Buloh, Selangor.

"Bagi meringankan beban yang dihadapi, saya telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos perubatan kepada bapa Tasnim iaitu saudara Raji," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri menziarahi kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang diklasifikasikan sebagai hilang upaya kekal.

Anwar turut mendoakan semoga urusan adik Tasnim dan keluarganya dipermudah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN