fb fb fb fb fb

PM hulur sumbangan peribadi kepada keluarga tiga pelajar maut dalam kemalangan

KUALA KANGSAR, 13 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga tiga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terkorban dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad di penginapan yang disediakan Kerajaan Negeri Perak untuk keluarga mangsa kemalangan berkenaan di sini hari ini.

(Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad) 

"Saya mewakili Perdana Menteri menziarahi keluarga mangsa yang masih berada di sini atas arahannya dan menyampaikan sumbangan wang tunai kerana beliau kini berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri mesyuarat.

"Perdana Menteri mengucapkan takziah dan berharap tindakan segera diambil bagi menyelesaikan urusan pengecaman jenazah yang dihantar ke Unit Forensik Hospital Taiping hari ini.

"Kita telah berhubung dengan pihak berkaitan dari segi pengecaman kalau boleh diselesaikan pada hari ini untuk dihantar ke kawasan masing-masing untuk dikebumikan kerana ia harapan pihak keluarga," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas
Khas), Datin Mastura Mohd Yazid turut meluangkan masa menziarahi ahli
keluarga mangsa selain menyampaikan sumbangan peribadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar turut memaklumkan, pihaknya
akan memastikan segala urusan berkaitan diselesaikan secepat mungkin.

Media Baharu