fb fb fb fb fb

PM hulur sumbangan kepada aktivis reformasi, Bob Kelana Jaya

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Azman Hassan atau terkenal dengan panggilan Bob Kelana Jaya yang merupakan antara aktivis awal era Reformasi.

Menerusi hantaran di facebook, Anwar memaklumkan, sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Beliau berkata Bob Kelana Jaya kini menghidap penyakit buah pinggang tahap 4.

"Lantaran itu, saudara Bob tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu dan mengesankan punca pendapatan beliau terutamanya untuk menampung kos perawatan dialisis dan ubat.

"Sebagai sebahagian dari kerangka Ziarah MADANI, saudara Farhan telah melawat saudara Bob baru-baru ini dan telahpun menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak saya.

"Saya amat berharap saudara Bob dapat segera sembuh dan dipulihkan tahap kesihatannya, Insya-Allah", katanya menerusi facebook.

ROSLINA BINTI DIN