KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha berterusan semua pihak yang membantu memudahkan usaha membawa keluar kesemua 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Israel ke Turkiye.
Beliau menegaskan langkah itu tidak akan dicapai tanpa bantuan daripada Turkiye dan negara-negara lain.
"Terima kasih kepada sahabat karib saya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan rakan pimpinan negara-negara sahabat lain yang membantu memudahkan urusan pembebasan setiap aktivis dan sukarelawan anak Malaysia ini.
"Syukur ke hadrat Allah SWT, berkat doa rakyat Malaysia," katanya menerusi hantaran di Facebook.