(Datuk Seri Anwar berucap ketika hadir ke Program Darul Ehsan Berselawat/BERNAMA)
SHAH ALAM, 29 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lebih 5,000 umat Islam menghadiri Program Darul Ehsan Berselawat 2.0 di Stadium tertutup Melawati, Shah Alam malam ini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri majlis seumpama itu disemarakkan lagi agar ingatan dan kecintaan umat Islam terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW di negara ini terus segar.
"Terima kasih Amirudin Shari, jelajah seluruh negara selepas PRU DUN ke-15 kerana ia mengetuk pintu hati nurani umat untuk mengenang mencintai Nabi Muhamad S.A.W," kata Anwar.
Perdana Menteri turut mengalunkan bacaan qasidah yang diketuai pengarang qasidah Ustaz Neezam Al Banjari.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta barisan ulama dan pendakwah terkenal seperti Syeikh Abu Zaki, Sheikh Ashraf Hamed Hassanin, Sheikh Abdullah Jahaf, Ustaz Iqbal Zain Ap Jauhari, Ustaz Neezam Al- Banjari dan Babul Mustofa.
Program anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dan Pertubuhan Damai dan Cinta Insani (Pendamai) itu merupakan kesinambungan program sulung yang mendapat sambutan menggalakkan Januari lalu.
Penganjuran majlis itu juga selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang menyokong ke arah pembinaan sahsiah insan dan ketamadunan.
(Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Datuk Seri Amirudin Shari (enam, kiri) hadir
ke Program Darul Ehsan Berselawat/BERNAMA)