PUTRAJAYA, 15 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Tahun 2023 di Kompleks Seri Perdana, di sini.
Ketibaan beliau pada pukul 9.15 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Program bermula pada pukul 9.20 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 4.30 petang ini.
Terdahulu, kesemua 27 jemaah menteri tiba secara berperingkat di Kompleks Seri Perdana bermula pukul 8.15 pagi bagi menghadiri program itu.
Anwar sebelum ini menyebut program pemukiman tersebut diadakan untuk jemaah menteri bagi menetapkan indeks prestasi utama (KPI) setiap kementerian.
Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki.