fb fb fb fb fb

PM Ethiopia tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi

Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali bersama Wanita Pertama Zinash Tayachew Bere tiba di Kompleks Bunga Raya hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari sehingga esok yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini/ BERNAMA

SEPANG, 25 Oktober- Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali dan pasangan, Zinash Tayachew Bere tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari bermula hari ini.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini bagi tujuan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Ethiopia.

Sejurus tiba, Abiy memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.

Lawatan tersebut merupakan pencapaian penting dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Lawatan ini turut menggariskan kepentingan strategik Malaysia dalam dasar luar Ethiopia dan menyerlahkan potensi kerjasama lebih erat dalam menangani cabaran global yang dikongsi bersama.

Antara yang menyambut ketibaan beliau adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri Datuk Yubazlan Yusof.

ROSLINA BINTI DIN