fb fb fb fb fb

PM di Melaka esok untuk program Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berada di Melaka esok untuk program Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu Ke-68.

Perarakan Mengimbau Sejarah dan Malam Aneka Warna itu akan bermula pada pukul 7.30 malam di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir.

Menerusi satu perkongsian poster di Facebooknya, seramai 2,000 pengunjung terawal akan mendapat baucer e-wallet bernilai RM20.

"Saya undang semua teman dan warga Melaka khususnya untuk bersama dalam majlis ini, Insya-Allah, " katanya.

Pengunjung juga digalakkan berbusana klasik ala 50-an iaitu memakai baju Melayu, bersampin kain pelikat dan bersongkok bagi lelaki, manakala baju kurung berselempang kain batik bagi wanita.

Difahamkan, pembacaan Watikah Kemerdekaan akan dilakukan oleh Anwar pada program itu.

ARTIKEL BERKAITAN
Kenderaan ikonik dinaiki Tunku Abdul Rahman sertai perarakan di Melaka esok
10,000 pengunjung pertama Rumah Terbuka di Jonker Walk akan terima kupon RM15

SITI AISHAH BINTI MD ISA