fb fb fb fb fb

PM dan isteri iftar bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Taman Rakan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni penduduk dan pelajar tahfiz ketika hadir pada majlis berbuka puasa di Masjid Taman Rakan/ BERNAMA

KAJANG, 20 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Taman Rakan, Kajang. Senyuman jelas terpancar dalam kalangan jemaah yang berpeluang menemui pemimpin negara itu. 

Beliau yang tiba bersama isteri diraikan jemaah dengan penuh meriah diiringi alunan selawat dalam majlis berbuka puasa tersebut serta dihidangkan dengan pelbagai juadah. 

Selesai menjamu selera, beliau menunaikan solat fardhu Maghrib bersama jemaah di masjid tersebut yang diketuai Imam 1, Mohd Mustakim Haji Sarmuji. 

Usai solat, beliau bersama isteri sekali lagi menyantuni ahli kariah termasuk kanak-kanak yang kelihatan teruja berjumpa dengan pemimpin negara itu. 

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Nazli Md Taib, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof. 

Turut bersama dalam majlis iftar tersebut para pelajar daripada Pondok Tok Mengkarak, Bera, Pusat Pengajian II Indat, Kuala Krau, Temerloh dan Maahad Tahfiz Zaid Sabit, Bera. 

Selain itu, terdapat juga pelajar daripada Pusat Pengajian Al-Bakri Lebak, Temerloh dan Maahad Tahfiz al-Ulul, Kuala Pilah.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni penduduk dan
pelajar tahfiz ketika hadir pada majlis berbuka puasa di Masjid Taman Rakan/ BERNAMA)

ROSLINA BINTI DIN