fb fb fb fb fb

PM bincang agihan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang

Kenderaan pemimpin memasuki Kompleks Seri Perdana untuk mesyuarat Majlis Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan semalam (Rabu) / Foto RTM

PUTRAJAYA, 18 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana di sini pada Rabu bagi membincangkan agihan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Mesyuarat yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof itu bermula pukul 5.30 petang.

Hadir sama,Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Selain, pimpinan tertinggi parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pada 13 April lepas Datuk Seri Fadillah berkata, tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD