fb fb fb fb fb

PM bertemu 40 peneraju industri pelbagai sektor di India

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan rundingan meja bulat bersama peneraju industri pelbagai sektor di India

NEW DELHI, 21 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan rundingan meja bulat bersama 40 peneraju industri pelbagai sektor di India.

Rundingan tersebut bagi mewujudkan kerjasama dari aspek perniagaan dan pelaburan melibatkan kedua-dua pihak.

Turut hadir pada rundingan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Menteri Digital, Gobind Singh serta delegasi Malaysia.

Memasuki hari ketiga lawatan Perdana Menteri ke India, Anwar turut mengadakan pertemuan dua hala bersama wakil syarikat gergasi India dalam usaha meningkatkan pelaburan ke negara.

Syarikat tersebut ialah syarikat automotif, Tata Consultancy Services, syarikat biodiesel, Emami Agrotech Limited dan syarikat teknologi global HCLTech.

Tata Consultancy Services diwakili oleh Presiden Perniagaan India dan Perakaunan Strategik, Ujawal Mathur manakala Emami Agrotech Limited diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Manish Goenka dan HCLTech diwakili oleh Pengarah Urusan, C.Vijayakumar.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan India pada 2023 mencecah AS$16.53 bilion dengan lebihan dagangan AS$3.43 bilion.

India merupakan pengimport utama minyak kelapa sawit negara manakala Malaysia mengimport produk petroleum, pertanian termasuk daging halal.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN