fb fb fb fb fb

PM beri jaminan penerimaan pencen di bawah PKKP tidak berkurang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan jumlah penerimaan pencen di bawah inisiatif Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) tidak akan berkurang.

"Keputusan kerajaan walaupun ada keputusan mahkamah dan kita tidak boleh langgar keputusan mahkamah, kerajaan khususnya Perbendaharaan telah memutuskan untuk menokok jumlah yang dianggap kurang itu supaya tidak kurang daripada gaji yang sepatutnya diterima oleh semua mantan penjawat awam", katanya.

Keputusan kerajaan memberikan PKKP sebagai satu bentuk bantuan khas kepada pesara adalah susulan keputusan mahkamah yang membatalkan penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

Tambah Perdana Menteri, PKKP yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Sumbangan Kasih Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kuala Lumpur.

ROSLINA BINTI DIN