fb fb fb fb fb

PM bakal bertemu Presiden Rusia bincang soal ekonomi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PETALING JAYA, 2 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Vladivostok, beberapa minggu lagi.

Beliau berkata pertemuan itu atas undangan Putin bagi membincangkan soal kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

"Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok di pinggir Rusia untuk menerima undangan Presiden Putin bagi berbincang soal kerjasama ekonomi.

"Ini meletakkan kita sebagai antara negara yang pertahankan pendirian kita yang bebas, dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa", katanya. 

Beliau menegaskan prinsip Malaysia tetap jelas iaitu mempertahankan kebebasan, menolak kezaliman dan tidak mengizinkan mana-mana negara menghina dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Ibu Pejabat GXBank.

ROSLINA BINTI DIN