KUALA LUMPUR, 28 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini yang bakal menyambutnya esok.
Anwar yang memetik kata-kata ahli falsafah China, Confucius, menyifatkan keharmonian sebagai kunci kepada kekuatan.
"Lantas, falsafah kenegaraan ini bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan yang madani, yang menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum" katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Oleh itu, Anwar mahu rakyat menjadikan perayaan ini sebagai satu titik permulaan yang baru dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
“Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina!” katanya.