fb fb fb fb fb

PM Anwar ucap selamat hari jadi ke-67 kepada Presiden Marcos

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat hari jadi kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar turut menzahirkan harapan untuk terus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Filipina.

“Semoga tahun ini membawa kejayaan dan memberikan kepuasan yang berterusan dalam semua usaha anda.

“Memandangkan kita kini meraikan 60 tahun hubungan diplomatik, saya berharap untuk terus memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara pada tahun-tahun akan datang berdasarkan sikap saling menghormati dan bekerjasama,” katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi video ucapan selamat hari jadi untuk Marcos yang beliau sifatkan sebagai seorang sahabat yang begitu bertenaga, ceria dan boleh dipercayai.

“Raikan hari jadi ini dengan tekad untuk anda membina semula Filipina dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menunjukkan betapa berharganya anda sebagai seorang rakan dan saya amat menghargai persahabatan, kepercayaan serta keazaman kita bagi meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam apa jua cara,” katanya.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN