fb fb fb fb fb

PM serah al-Quran cetakan khas kepada komuniti Islam Brazil

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 naskhah terjemahan dalam bahasa Portugis kepada komuniti Islam di Brazil.

Sumbangan itu dibuat dalam rangka lawatan rasmi beliau ke negara tersebut yang dimulakan dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di Rio de Janeiro.

Dalam pertemuan itu, Anwar membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan ummah dan menegaskan komitmen Malaysia untuk membantu urusan halal serta memperkukuh pendidikan dan dakwah.

"Saya ingin menegaskan komitmen Malaysia dalam membantu urusan halal serta memperkukuh pendidikan dan dakwah di sini," katanya menerusi Facebook beliau.

Beliau juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menggerakkan usaha untuk menyokong aktiviti Masjid Luz, satu-satunya masjid di bandar tersebut.

"Kita akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid ini agar ia terus menjadi pusat ibadah dan komuniti yang berfungsi dengan baik," katanya.

SITI AISHAH MD ISA