KUALA LUMPUR, 21 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan perutusan negara secara langsung menerusi semua saluran media tempatan pada pukul 9.00 malam ini.
Anwar menerusi satu hantaran di Facebook berkata, beliau akan memanfaatkan ruang itu untuk menerangkan serta mencerahkan pelbagai isu di dalam dan juga luar negara.
"Mohon rakan-rakan ikut serta, insya-Allah," katanya dalam hantaran itu.
Perutusan berkenaan akan disiarkan melalui RTM, Bernama TV (Astro 502), dan beberapa stesen televisyen tempatan lain.