SEOUL, 26 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh korporat atau dikenali sebagai ‘chaebol’ dari syarikat terkemuka di Korea Selatan.
Ia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, selain mengukuhkan lagi hubungan perdagangan di antara Malaysia dan Korea Selatan.
Perdana Menteri mengadakan siri mesyuarat itu bermula pada pukul 9.00 pagi bersama beberapa syarikat utama lain.
Ia melibatkan Kumpulan Samsung, Kumpulan SK Nexilis, POSCO dan Lotte International.
Perbincangan ini adalah usaha Malaysia untuk meraih pelaburan berimpak tinggi dari Korea Selatan ke Malaysia.
'Chaebol' umumnya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Korea Selatan.
Sokongan daripada kerajaan persekutuan untuk chaebol bermula selepas Perang Korea sebagai satu cara untuk membantu membina semula ekonomi.