PM akan perjelas isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia di Parlimen

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia akan dijelaskan secara terperinci oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sesi Penerangan Khas di Parlimen, pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri akan memberi penjelasan terperinci mengenai jajaran sempadan Malaysia-Indonesia di Parlimen.
  • Tujuan penjelasan adalah untuk memperbetulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat.
  • Penjelasan disampaikan melalui Sesi Penerangan Khas pagi ini di Parlimen.
  • Perdana Menteri berkongsi maklumat tersebut di laman Facebook rasminya.

Beliau berkata, penjelasan itu adalah bagi memperbetulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai isu tersebut.

“Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada semua, khususnya dalam usaha memperbetulkan kekeliruan dan salah faham yang telah timbul,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, Malaysia masih menjalankan rundingan dengan Indonesia berhubung isu pengukuran sempadan darat yang melibatkan tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia.

Datuk Seri Anwar turut menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Malaysia menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan kepada Indonesia.

Media sebelum ini melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, dikatakan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara Malaysia-Indonesia.

 

 

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan