fb fb fb fb fb

PM akan bertemu keluarga mendiang Teoh Beng Hock minggu depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertemu keluarga mendiang Teoh Beng Hock minggu depan.

Jelasnya, ketika ini beliau sedang sibuk berikutan beberapa program seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan untuk bertemu keluarga bekas Setiausaha Politik EXCO Selangor itu.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar memberi jaminan akan bertemu keluarga mendiang dalam masa terdekat.

Ia susulan sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan atas kematian mendiang disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen di ibu negara, Isnin lepas.

16 Julai 2009, Beng Hock ditemui meninggal dunia di tingkat lima di sebuah bangunan yang terletak di Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tingkat 14 bangunan sama.

Pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock memutuskan bahawa kematiannya akibat membunuh diri.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian mendiang akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN