fb fb fb fb fb

PLKN 3.0 mula pertengahan tahun depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dijangka bermula pada pertengahan tahun depan dengan pelaksanaan fasa pra PLKN di peringkat sekolah terlebih dahulu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi fasa PLKN asas pula membabitkan peserta berumur 17 tahun dan ke atas dijangka bermula pada April 2026.

Sementara bagi fasa asas di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), ia akan bermula pada pengambilan pelajar sesi akademik 2026/2027.

"Fasa pra PLKN di peringkat sekolah melibatkan pelajar Tingkatan 4 yang akan dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi MADANI oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan dijangka bermula pada Jun/Julai 2025.

"Bagi fasa PLKN asas melibatkan peserta 17 tahun dan ke atas di kem-kem askar wataniah (selama 45 hari), ia dijangka akan dimulakan pada April 2026.

"Bagaimanapun projek rintis akan bermula pada Jun dan Julai 2025 yang melibatkan dua kem wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta," katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Zahari Kechik (BEBAS-Jeli) yang mahu mengetahui status terkini bagi pelaksanaan semula PLKN.

SITI AISHAH MD ISA