fb fb fb fb fb

PKR Pendang lulus usul jawatan Presiden tidak dipertanding

FOTO RTM

KEDAH, 13 Oktober- Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Pendang, meluluskan usul agar jawatan Presiden parti itu yang kini disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Naib Pengerusi 1 PKR Kedah merangkap Ketua Cabang PKR Pendang, Datuk Dr Dzulkifly Mohamad berkata usul itu diluluskan bagi memastikan tiada anasir dan pengaruh perebutan jawatan yang boleh menjejaskan parti.

Sekali gus, dapat menjadikan parti berkenaan terus kekal relevan dan menjadi wadah perjuangan untuk rakyat.

Sementara itu, Datuk Dr Dzulkifly memaklumkan mesyuarat juga meluluskan usul agar kesemua jawatan lain dipertandingkan.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Pendang 2024 di Pendang, Kedah.

Mesyuarat dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.

Kongres Nasional PKR tahun ini, dijangka akan diadakan di Johor.

Datuk Seri Saifudin menerusi ucapannya meminta agar ahli parti terus bekerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama seperti mana dilakukan ketika ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trainee2