fb fb fb fb fb

PKR Bandar Tun Razak buat laporan polis pengguna media sosial fitnah Dr Wan Azizah

Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Tun Razak, Jamilah Syed Mohamed menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Cheras

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Satu laporan polis dibuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), cabang Bandar Tun Razak kepada pemilik akaun media sosial yang mengaitkan Ahli Parlimen kawasan itu iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Tun Razak, Jamilah Syed Mohamed ia dibuat selepas menerima satu hantaran video yang dengan jelas telah menyebar fitnah dan berniat jahat serta memberi gambaran seolah-olah Datuk Seri Wan Azizah mendukung Israel.

"Gambar yang telah diambil dari Instagram Presiden Israel adalah gambar bersama isteri-isteri perdana menteri yang hadir ke Mesyuarat PBB ke-78 pada 21 September lalu. Ia telah disunting dan dijadikan video serta telah disebar dan dimuat naik ke media sosial Facebook pemilik akaun sayajojo Muhammad Arif dan tiktok Ratu Naga dan Chucky House Nakal yang telah ditonton oleh 100,000 pengguna,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Cheras, Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi beliau meminta agar siasatan terperinci dapat serta tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa berlandaskan undang-undang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE