KUALA LUMPUR, 8 Julai - Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 membolehkan penyalahgunaan dadah, ditangani secara efektif.
Ketua Penolong Pengarah (Dasar Penguatkuasaan dan Keselamatan), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Dr. Nazira Sadiron berkata ia meliputi rawatan kumpulan sasar, perluasan jadual bahan terlarang serta prosedur kawal selia secara menyeluruh dan sistematik.
"Masalah penagihan ini bukan sekadar masalah kesihatan tetapi juga ada isu keselamatan dan ketenteraman awam.
"Sebab itu ada sedikit elemen itu untuk kita pastikan masyarakat sejahtera, komuniti rasa selamat dan pada masa sama golongan ini kita bantu mempercepatkan proses mendapatkan rawatan dan pemulihan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.