fb fb fb fb fb

Pindaan Akta 118 dibentang pada sidang Dewan Rakyat akan datang

Menteri KPKT, Nga Kor Ming/Foto FB KPKT

IPOH, 10 Julai - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membentangkan Pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) pada sidang Parlimen tahun depan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pindaan akta itu bertujuan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pemaju terlibat dalam kes projek terbengkalai serta yang terlibat dengan penipuan.

"Pada ketika ini kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) sedang giat mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh negeri-negeri.

"Sebelum kita buat apa-apa keputusan, kajian dan penyelidikan akan sentiasa kami jalankan. Jadi kita perlu dengar dulu suara daripada pemegang taruh seperti Rehda dan persatuan pembeli," katanya selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dengan JPN di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sebelum ini media melaporkan akta sedia ada hanya melindungi harta rumah kediaman, kedai komersial, pejabat, pusat beli-belah dan unit komersial yang tidak tertakluk kepada kawalan.

Nga dilaporkan berkata selepas pindaan akta tersebut, sebarang kes penipuan akan didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM250,000 hingga RM500,000 atau kedua-duanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN