fb fb fb fb fb

Pindaan Akta 655 dalam semakan akhir - PETRA

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] kini dalam penelitian dan semakan akhir Jabatan Peguam Negara.

Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Parlimen pada Julai 2024.

"Penyenaraian kesalahan-kesalahan baharu seperti apa-apa perbuatan yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan penutupan sistem bekalan air atau gangguan bekalan air serta melepaskan apa-apa kumbahan, efluen terlarang, benda atau bahan ke dalam mana-mana lurang dan membolehkan pemegang lesen perkhidmatan air menuntut semula kos bagi memulihkan sistem bekalan air yang telah dicemari."

Selain itu, ia membolehkan pengguna mendapatkan pampasan bagi kerugian yang telah ditanggung berikutan gangguan bekalan air disebabkan sistem bekalan air yang telah dicemari," kata Akmal di Dewan Negara, hari ini.

Pindaan Akta 655 dibuat sebagai usaha membanteras pencemaran sumber air mentah termasuk peningkatan denda daripada RM100,000 kepada RM15 juta, sementara hukuman penjara dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM