fb fb fb fb fb

Pimpinan akar umbi perlu bantu rakyat dapatkan bantuan kerajaan - Setiausaha Politik PKR

Manivanan (tiga dari kiri) dan pemimpin termasuk Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) hadir mendengar Perutusan Negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Seremban malam tadi.

SEREMBAN, 22 Mei - Pimpinan peringkat akar umbi dan jentera parti perlu membantu rakyat yang layak mendapatkan bantuan melalui pelbagai agensi kerajaan bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup.

Oleh itu, Setiausaha Politik Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Manivanan Gowin menyeru agar semua pihak perlu yakin dan menyokong usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk terus memperkukuh eknonomi negara.

"Setiap agensi perlu meningkatkan keberkesanan penyampaian bantuan manakala agensi penguatkuasaan pula perlu meningkatkan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan atau mengganggu gugat keamanan melalui penyebaran fitnah.

“Orang ramai juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan menjadi “mata dan telinga” pihak berwajib dan segera melaporkan sebarang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan yang boleh menyebabkan ketirisan dan kerugian kepada negara dan rakyat,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Tambah beliau ini seperti yang dikongsikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di RTM mengenai usaha kerajaan menangani rasuah, mengatasi ketirisan dan memperkenalkan subsidi bersasar.

"Usaha kerajaan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan berdasarkan petunjuk ekonomi yang positif dan peningkatan bantuan untuk rakyat," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Perutusan Negara pada malam Selasa mengumumkan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

 

 

 

GRACE AISYAH KEDAYAN