fb fb fb fb fb

Pihak berkaitan logo kasut mirip kalimah Allah akan dipanggil esok

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 7 April- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada esok.

Mohd Na'im dalam satu kenyataan berkata, orang ramai diminta untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.

"Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam," katanya dalam kenyataan itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI