fb fb fb fb fb

Piala FA: TFC dipaksa hempas pulas

Foto Facebook /footballclubterengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Jun-Kuching City FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC dan Malaysian University FT sudah mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir saingan Piala FA 2024-2025.

Tiga lagi pasukan akan merebut slot ke suku akhir hari ini.

Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan Kelantan Darul Naim FC, dan Sabah FC akan bertemu Kuala Lumpur Rovers FC.

Manakala Selangor FC bakal menghadapi Negeri Sembilan FC.

Terdahulu dalam perlawanan malam tadi, Pasukan Terengganu FC mengesahkan slot ke peringkat suku akhir dengan menyingkirkan Perak FC 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Tuan rumah bagaimanapun dikejutkan pelawat yang berjaya meledak jaringan pembukaan seawal minit ke-6 melalui Luiz Motta.

Terengganu FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-37, hasil sepakan penalti Safawi Rasid.

Penghujung separuh masa pertama satu lagi jaringan berjaya diledakkan tuan rumah melalui Marin Pilj.

Bersambung babak kedua, tiada jaringan terhasil dan keputusan kekal hingga tamat permainan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD