fb fb fb fb fb

PH Terengganu pertaruh ustaz di Marang

TERENGGANU, 23 Oktober- Pakatan Harapan (PH) Terengganu mempertaruhkan Azhar Abdul Shukur di Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata calon tersebut dijangka mampu meraih sokongan pengundi dikawasan Marang yang merupakan kubu kuat Pas.

Azhar pernah menjadi calon Amanah ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar pada 2016 dan merupakan Pengarah Urusan EZ Qurban.


(Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad)

Azhar yang merupakan ustaz professional itu bakal memberi pilihan baharu kepada pengundi di kerusi tradisi Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

"Beliau begitu ikhlas sanggup datang dan masuk kubu Pas seperti beliau nyatakan mereka bersedia masuk kubu Pas yang merupakan tempat yang paling kuat diseluruh dunia Pas paling kuat diseluruh dunia adalah Parlimen Marang itu adalah cabaran yang beliau sanggup memikul dan kita menerima beliau dan
bahagian Marang pun menerima beliau dengan sepenuh hati," katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera PH Kuala Terengganu di sini, malam tadi.

Walaupun Azhar bukan anak tempatan, namun beliau sanggup mengambil cabaran untuk bertanding di kubu paling kuat PAS demi membawa pembaharuan.

Parlimen Marang merupakan kerusi yang diwakili sejak sekian lama oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Marang dimenangi Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Nor Endot dengan majoriti undi sebanyak 21,954.

Manakala calon Pakatan Harapan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zawawi Sulong pula hilang deposit.

Sementara itu, Raja Kamarul berkata empat kerusi yang diperuntukkan untuk Amanah ialah Parlimen Kuala Nerus, Marang, Besut dan Kuala Terengganu, manakala PKR akan bertanding di Dungun, Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu.

“Kita agih lapan Parlimen sama rata. Kita bagi keutamaan kepada Parlimen dahulu sebab pilihan raya negeri lambat lagi.

“Agihan antara Amanah dan PKR, DAP tidak ada. Tetapi kita tunggu juga keputusan muktamad daripada Majlis Presiden PH,” katanya.

Raja Kamarul mengulas lanjut, walaupun PH Terengganu dianggap kerdil dan kurang berpengaruh, pihaknya menjangkakan mampu melakukan kejutan di empat Parlimen pada PRU15.

Media Baharu