fb fb fb fb fb

PGA berjaya rampas 1,950 kotak rokok elektronik

TUMPAT, 14 Oktober- Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas 1,950 kotak rokok elektronik (pod) pelbagai jenama dan perisa bernilai RM524,000 awal pagi Khamis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ia hasil rondaan dilakukan sepasukan pegawai bersama anggota Strike Force Kompena A Batalion 7 PGA di KTJ Kuala Jambu Tumpat pukul 3.00 pagi.

Semasa rondaan berhampiran Pengkalan Haram Paija, pihak polis mendapati sekumpulan lelaki warga tempatan sedang sibuk memunggah kotak-kotak dari sebuah kereta ke dalam perahu.

Suspek yang menyedari kehadiran pihak polis bertindak melarikan diri ke tebing Sungai Golok, Thailand menggunakan perahu berkenaan.

Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan menjumpai kotak berisi cecair rokok elektronik (pod) pelbagai jenama dan perisa.

Kesemua barang kes dibawa ke Komtak PGA Kuala Jambu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.


(Barangan rampasan yang terdiri daripada rokok elektronik (pod) dan cecair perisa)

 

Media Baharu