fb fb fb fb fb

Petronas tutup empat injap utama, untuk lepaskan saki baki gas

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad semasa ditemui pemberita

KUALA LUMPUR, 1 April - Empat injap utama saluran paip gas ditutup pihak Petronas bertujuan melepaskan saki baki gas asli bermula 8.46 pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ia melibatkan saluran di Dengkil, Puchong, Batu Tiga dan Meru.

"Sebagai kontijensi kita juga mengarahkan gate 209 hingga 212 juga ditutup. Kerana masa ada juga tekanan dan bacaan yang dalam paip yang sedang terbakar.

"Insyaallah kita dah tutup keseluruhan empat gate utama ni. Dan kita jangkakan ia akan ambil sedikit tempoh masa keseluruhan gas itu terbakar. Pada masa samaa kita arahkan Petronas lakukan kerja pelepasan di tiga gate utama di 210, 211 dan 212," kata Nor Hisham kepada pemberita. Injap terakhir ditutup pada pukul 11.48 pagi tadi.

Pihak Petronas menjangkakan tempoh empat jam diperlukan bagi keseluruhan gas asli dilepaskan dan api akan berkurangan, seterusnya memudahkan proses memadamkan api.

TETITIA YUSOFF