
KUALA LUMPUR, 11 April – Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menafikan dakwaan kononnya syarikat itu menghantar diesel ke Filipina.
- PETRONAS tidak mengadakan sebarang perjanjian atau urusan bekalan diesel dengan mana-mana pihak di Filipina.
- Keutamaan syarikat kekal memastikan bekalan bahan api berterusan untuk pasaran domestik.
- MTEN memaklumkan diesel yang dilaporkan tidak berasal daripada Malaysia; laporan media menyebut penghantaran 329,000 tong.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, syarikat itu tidak mengadakan sebarang perjanjian atau urusan berkaitan bekalan diesel dengan mana-mana pihak di negara tersebut..
Keutamaan syarikat itu kekal untuk memastikan bekalan bahan api berterusan kepada pasaran domestik.
“PETRONAS terus memberi fokus kepada jaminan bekalan tenaga untuk Malaysia, dengan penyelarasan rapat bersama Kerajaan dan pihak berkepentingan yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini media Filipina melaporkan berlaku penghantaran 329,000 tong diesel didakwa dari Malaysia.
Perkara itu turut turut mendapat perhatian Pasukan Pengurusan Krisis, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang memaklumkan bahawa diesel berkenaan bukan berasal dari Malaysia.