PETRONAS nafi terlibat perjanjian bekalan bahan api di Filipina

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Mac – PETRONAS menafikan penglibatan dalam laporan media berhubung cadangan perjanjian pembekalan bahan api melibatkan sebuah unit kerajaan tempatan di Filipina.

RINGKASAN BERITA AI
  • PETRONAS menegaskan tidak mengetahui atau terlibat dalam sebarang urusan berkaitan.
  • Syarikat tidak membuat sebarang perjanjian atau komitmen berkaitan.
  • Fokus utama memastikan bekalan bahan api Malaysia kekal stabil, disokong rangkaian bekalan kukuh dan kerjasama erat dengan kerajaan.

Dalam kenyataan ringkasnya, syarikat minyak dan gas nasional itu memaklumkan pihaknya tidak mengetahui mahupun terlibat dalam sebarang urusan berkenaan, serta tidak membuat sebarang perjanjian atau komitmen berkaitan.

Menurut PETRONAS, fokus utama syarikat ketika ini adalah memastikan bekalan bahan api di Malaysia kekal stabil dan berterusan.

“Keutamaan ini disokong rangkaian bekalan sedia ada yang kukuh serta kerjasama rapat dengan kerajaan,” menurut kenyataan itu .