fb fb fb fb fb

PETRA sasar liputan air, pembetungan luar bandar capai 98% menjelang 2025

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 April- 98 peratus liputan air bersih dan liputan pembetungan di kawasan luar bandar disasarkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menjelang akhir 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ketika ini liputan akses bekalan air bandar dan luar bandar masing-masing pada 97.1 peratus manakala perkhidmatan pembetungan meliputi 84.4 peratus di bandar utama.

"Inisiatif ini selaras dengan objektif utama Malaysia MADANI untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyatnya sambil menyokong matlamat keenam Pembangunan Mampan Matlamat (SDG) iaitu memastikan akses kepada pengurusan air yang mampan dan sanitasi untuk semua," kata Fadillah kepada pemberita pada Majlis Pembukaan ASIAWATER 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Teks ucapan dibacakan Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau yang juga Menteri PETRA menjelaskan empat inisiatif utama turut di gariskan bagi memastikan bekalan air berterusan dan mencukupi khususnya di kawasan yang dilanda kemarau.

Inisiatif itu termasuklah perancangan strategik membangunkan infrastruktur air dan menangani kemampanan kewangan pengendali air.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM