fb fb fb fb fb

Petani perlu daftar SKDS 2.0, manfaat bantuan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

GERIK, 21 Jun - Semua petani dan pekebun kecil yang menggunakan jentera pertanian diminta mendaftar bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini bagi membolehkan ke semua golongan tersebut tidak terkecuali daripada menerima bantuan itu.

Ketika ini proses pemeriksaan kelayakan itu sedang berjalan dengan sebahagian besar daripadanya telah selesai dilakukan.

"Sebab itu ia panggil subsidi bersasar supaya kalau kenderaan dia seperti mesin petani itu perlu daftar. Jika tidak daftar dan jentera tiada dalam sistem. Proses sedang berjalan, Alhamdulillah sebahagian besarnya kita sudah selesai," kata Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Walkabout dan Penyampaian Kit Bantuan Agro Makanan Semarak Madan, di sini.

Mohamad Sabu dalam pada itu optimis lebih ramai petani dan pekebun kecil akan mendaftar bawah SKDS 2.0 setelah golongan itu memahami mengenai penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.

TETITIA YUSOFF