fb fb fb fb fb

Peserta Himpunan RXZ Members 6.0 maut digilis treler

Foto RTM

HULU TERENGGANU, 16 September- Seorang peserta Himpunan RXZ Members 6.0 maut selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya sebelum digilis sebuah treler, semalam.

Kemalangan berlaku di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Hulu Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mangsa, Ahmad Amir Mohamad, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang bersama-sama 11 motosikal lain.

Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa dikatakan melanggar sebuah motosikal lain yang berhenti di lorong kecemasan.
 
Akibat pelanggaran itu mangsa telah terjatuh di atas jalan raya dan digilis sebuah treler yang tidak sempat mengelak.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM