fb fb fb fb fb

Pesawat ringan terhempas, dua individu cedera

Foto Polis Muallim

SUNGKAI, 4 Mei- Sebuah pesawat ringan jenis CESNA 172 milik sebuah syarikat swasta dilaporkan terhempas berdekatan Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Sungkai, Perak, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata insiden terbabit melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita.

Pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.46 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dengan dibantu BBP Bidor bergerak ke lokasi insiden.

Kedua-dua mangsa selamat dan mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke Hospital Slim River.

Mangsa, Kapten Shahrul Imran 30-an merupakan jurulatih penerbangan; mengalami patah paha kiri.

Manakala seorang lagi mangsa, Le Ho Jia 20-an (pelatih) cedera di bahagian muka.

Kejadian berkenaan disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM