fb fb fb fb fb

Pesara tentera maut, kereta jatuh gaung

Mangsa, Samsuri Noh, 52 tahun, disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian badan. 

KLUANG, 26 Februari- Seorang pesara tentera maut selepas kereta yang dipandunya jatuh ke dalam gaung sedalam tujuh meter berhampiran kilometer 65, Jalan Yong Peng -  Kluang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Samsuri Noh, 52 tahun, disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian badan. 

Beliau berkata terdahulu mangsa dilaporkan hilang sejak kelmarin, sebelum ditemukan pihak polis di tempat kejadian, kira-kira 6.40 petang, semalam.

"Siasatan mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa dari arah bulatan T6 menghala Kluang, telah hilang kawalan sebelum terbabas ke gaung berhampiran," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

ZEHRA BINTI ZAMBRI