fb fb fb fb fb

Peruntukkan RM40 billion bina Langkasuka Village - Sanusi

LANGKAWI, 23 Oktober- Sejumlah RM40 billion diperuntukkan bagi membina Langkasuka Village di atas tapak seluas 1,979 ekar di Pulau Langkawi, Kedah.

Mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun untuk disiapkan, ia bakal menjadi sebuah bandar pelancongan berteraskan reka bentuk nusantara dengan elemen ikonik tempatan.


(Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohd Sanusi Md Nor)

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohd Sanusi Md Nor berkata, sebagai perintis kepada Projek Widad Langkasuka itu, Fasa pertama akan bermula dan dijangka siap pada 2027 dengan tujuh komponen dimuatkan.

"Ia merangkumi pembinaan Hotel bertaraf 5 Bintang, Lang Plaza, Villa, Kondominium Premium, Kompleks Membeli Belah,Apartment dan Langkasuka Golf and Country Club bertaraf dunia," katanya dalam Majlis Pecah TanahProjek Langkasuka Village di Langkawi.

Mohd Sanusi turut optimis pelaburan itu bakal menjadikan Widad Langkasuka sebagai lokasi acara utama seperti World Air Racedan High Powered Boat Race.



Media Baharu